Tuesday, April 16, 2013

RPT PSV Tingkatan Peralihan & 1 : 2013


MINGGU 1: Minggu Orientasi
MINGGU 2: 
ASAS-ASAS SENIREKA: Pengenalan, elemen-elemen (unsur-unsur seni & prinsip-prinsip rekaan), fungsi, nilai-nilai estetika.
  • ARAS 1: Memahami konsep dan hubungkaitnya dengan alam sekitar, memahami fungsi dan pengaplikasiannya dalam menyatakan nilai-nilai estetika karya seni.
  • Aktiviti / ABM / Refleksi / Nilai: Perbincangan, membuat catatan, contih karya, penerokaan alam semulajadi, teknik dan kaedah pengaplikasian dalam karya / Contoh karya, lembaran, teks rujukan, objek alam / Menghargai, kerjasama, yakin diri, bersyukur / Refleksi.
MINGGU 3:
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
GARISAN: Konsep, jenis-jenis, pengaplikasian dalam karya, garisan di alam sekeliling, penghasilan.
  • ARAS 1: Mengetahui dan memahami konsep, ciri-ciri garisan, memahami wujudnya pelbagai jenis garisan pada objek alam, dapat mengaplikasikan pelbagai jenis garisan dalam bentuk lakaran.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbicangan konsep, jenis dan fungsi, contoh pelbagai garisan di alam sekeliling, contoh karya, olahan idea, bimbingan / Objek alam, karya, pensel, kertas kartrij / Kerjasama, menghargai, yakin diri.
MINGGU 4: Cuti Tahun Baru Cina
MINGGU 5 & 6: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
GARISAN: Teknik-teknik menghasilkan garisan – garisan, gurisan, tiupan, pualaman, koyakan, tarikan benang, semburan dll.
  • ARAS 1: Memahami teknik pernyataan pelbagai jenis garisan di alam semulajadi, dapat menyatakan dengan jelas pelbagai sifat garisan dalam karya.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Perbincangan fakta, perbincangan teknik, contoh karya, bahan, alatan, bimbingan, pengukuhan / Contoh karya, warna air, alatan yang bersesuaian, kertas kartrij dll / Kerjasama, keyakinan diri, menghargai, kepekaan dll / Refleksi.
MINGGU 7: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
RUPA: Konsep, jenis-jenis, fungsi. Penghasilan: Mereka corak melalui olahan rupa positif.
  • ARAS 1: Dapat memahami konsep, jenis dan fungsi rupa, dapat menghasilkan corak dengan mengolah rupa-rupa positif.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan isi, aktiviti, konsep rupa, jenis, fungsi, teknik penghasilan, bimbingan / Contoh karya, gambar, master design dll / Kesabaran, kerjasama, ketekunana, Refleksi.
MINGGU 8: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
BENTUK: Konsep, jenis-jenis, teknik menimbulkan bentuk.
  • ARAS 1: Memahami konsep, jenis, dan kaedah menimbulkan bentuk pada objek, dapat menyatakan bentuk konkrit dan ilusi dalam lakaran lukisan, dapat membezakan bentuk ilusi dan bentuk konkrit.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan isi, perbincangan, konsep, jenis dan sifatnya, contoh imej, penerokaan alam sekitar, pembinaan bentuk konkrit, bimbingan / Bentuk konkrit, karya, gambar, graf / Kerjasama, imaginatif, kesabaran / Refleksi.
MINGGU 9: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
BENTUK: Teknik menghasilkan bentuk konkrit. Menggunakan olahan garisan, ton dan ruang.
  • ARAS 1: Dapat memahami teknik dan kaedah menimbulkan fom pada rekabentuk, dapat menghasilkan bentuk konkrit dengan menggunakan olahan garisan, ton dan ruang.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, contoh karya, teknik, proses, bimbingan / Karya, kertas graf, pembaris, pensil, pensil warna dll / Menghargai, imaginatif, kesabaran / Refleksi.
MINGGU 10: 
MINGGU 11: Cuti Persekolahan Penggal 1
MINGGU 12: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
JALINAN: Konsep, jenis-jenis, fungsi dalam karya, teknik menghasilkan jalinan.
  • ARAS 1: Memahami konsep, jenis, fungsi dan teknik menghasilkan jalinan, dapat membezakan ciri-ciri jalinan tampak dan jalinan sentuh.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Pernyataan fakta, perbincangan, contoh karya, soaljawab, penilaian formatif/ bertulis, pengukuhan / Buku teks, contoh hasilan, suratkhabar, majalah.
MINGGU 13: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
JALINAN: Teknik dan proses menghasilkan jalinan – teknik gosokan.
  • ARAS 1: Dapat mengetahui dan memahami teknik dan kaedah menghasilkan jalinan, dapat menyatakan jalinan dari pelbagai sumber.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, contoh karya, bahan, sumber, olahan idea, teknik penghasilan, bimbingan, pengukuhan / Kertas A4, pensil, pensel warna, oil pastel, karya contoh dll / Kerjasama, rajin, kesabaran, yakin dll. / Refleksi.
MINGGU 14 & 15: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA:Unsur-unsur Seni
WARNA: Konsep, jenis-jenis – warna asas, warna sekunder, warna tertier.
  • ARAS 1: Memahami konsep, fungsi dan ciri-ciri jenis warna, dapat membezakan jenis-jenis warna, dapat menguasai istilah jenis-jenis warna, dapat menyatakan jenis-jenis warna dalam bentuk roda warna.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan fungsi, kaedah penghasilan, konsep, istilah, contoh hasilan, perbezaan jenis warna, roda warna, teknik olahan, bimbingan / Contoh karya, kertas graf, jangka tulis, pembaris, warna, kertas kartrij / Kerjasama, yakin diri, menghargai, kreatif dll / Refleksi.
MINGGU 16: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
WARNA: Gubahan Warna – Warna Harmoni, Warna Penggenap, Kontra, Warna Monokrom. Proses Penghasilan.
  • ARAS 1: Memahami konsep, pelbagai gubahan warna, dapat membezakan ciri-ciri gubahan warna, dapat menyatakan sifat warna dalam catan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, konsep, fungsi, sumber ilham, tema, tajuk, olahan idea, media, contoh karya, ulasan, teknik penghasilan, bimbingan / Contoh karya,kertas kartrij, berus, warna / Kesabaran, keyakinan, menghargai, imaginatif / Refleksi.
MINGGU 17: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
WARNA: Suhu Warna – Konsep, jenis (Warna panas, warna sejuk). Proses penghasilan: Lanskap Alam Semulajadi, Objek alam benda.
  • ARAS 1: Memahami konsep, fungsi, dan suhu warna, memahami kewujudannya di alam sekeliling, dapat menyatakan dengan jelas suhu warna dalam catan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, contoh karya – kekuatan & kelemahan,, kualiti hasilan, teknik, proses, bimbingan, pengukuhan / Alat, bahan, kertas kartrij, contoh karya, lembaran dll / Keselamatan, kebersihan, keyakinan, kerjasama, kesabaran dll.
MINGGU 18: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
WARNA: Perspektif Warna – Konsep, kesan, hubungannya dengan konsep ruang. Penghasilan Catan: Warna menimbulkan ilusi ruang.
  • ARAS 1: Memahami warna dapat menimbulkan ilusi ruang, jarak dan perspektif, memahami kewujudan perspektif di alam sekeliling, dapat menyatakan perspektif ilusi ruang dan jarak melalui olahan imej dalam catan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Pernyataan fakta, perbincangan isi, contoh hasilan, konsep, hubungan dengan alam, teknik, kaedah pernyataan, bimbingan / Karya contoh, warna berus, kertas kartrij / Kerjasama, imaginatif, menghargai, kesabaran, yakin diri dll.
MINGGU 19: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
RUANG: Lukisan Perspektif – Konsep, jenis, ruang di alam sekeliling. Penghasilan karya: Pernyataan ruang dalam catan.
  • ARAS 1: Memahami konsep dan jenis-jenis ruang, mengetahui dan memahami kewujudan ruang di alam sekeliling, menghasilkan catan dengan memberi penekanan kepada konsep ruang melalui olahan imej dan warna.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk,, perbincangan, contoh karya, olahan ruang, imej, aspek kajian, teknik, olahan warna, bimbingan / Objek, contoh karya, berus, warna, kertas kartrij, gambar, modul dll / Imaginatif, yakin diri, kesabaran, kerjasama dll / Refleksi.
MINGGU 20: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
RUANG: Lukisan Perspektif – Konsep, jenis, fungsi, pernyataan lukisan perspektif: 1 titik lenyap, 2 titik lenyap, 3 titik lenyap.
  • ARAS 1: Mengetahui dan memahami konsep, fungsi dan jenis lukisan perspektif, dapat membezakan ciri-ciri jenis lukisan perspektif, dapat menyatakan tiga jenis lukisan perspektif dalam lukisan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan isi, perbincangan, konsep dan jenis, ciri-ciri dan fungsi, contoh karya, teknik, proses pernyataan, bimbingan, pengukuhan / Contoh karya, gambar, pembaris, kertas kartrij dll / Kerjasama, imaginatif, kepekaan, menghargai dll / Refleksi.
MINGGU 21: Peperiksaan Pertengahan Tahun
MINGGU 22 & 23: Cuti Pertengahan Tahun
MINGGU 24 & 25: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Unsur-unsur Seni
LUKISAN PERSPEKTIF: Teknik dan kaedah menghasilkan lukisan, perspektif 2 titik lenyap – bangunan, susunan meja dll.
  • ARAS 1: Memahami proses penghasilan lukisan perspektif dengan mengaplikasikan asas-asas senireka, mengintepretasi maklumat dan memperkembangkan daya imaginasi, dapat menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap dengan memberi penekanan kepada konsep ruang, saiz dan bentuk.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, contoh, ulasan, lembaran, pernyataan idea, lakaran rekabentuk, susunatur imej, bimbingan, pengukuhan (penghasilan) / Contoh karya, alat geometri, warna, berus dll / Kepekaan, menghargai, imaginatif, kreatif, kritis, kerjasama dll / Refleksi.
MINGGU 26: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Prinsip Rekaan
HARMONI: Konsep, ciri-ciri, pengaplikasian dalam karya seni visual – warna, bentuk, susunan/arah, saiz, rupa. Penghasilan: Menghasilkan corak.
  • ARAS 1: Memahami konsep harmoni dan ciri-cirinya, mengetahui dan memahami kewujudan harmoni di alam sekeliling, dapat menyatakan dengan jelas kesan harmoni dalam karya seni visual.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, contoh karya, ulasan, olahan ruang, imej, aspek kajian, teknik, olahan warna, bimbingan / Objek, contoh karya, berus, warna, kerta kartrij, gambar, modul dll / Imaginatif, yakin diri, kesabaran, kerjasama dll / Refleksi.
MINGGU 27: 
MINGGU 28:
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Prinsip Rekaan
KONTRA: Konsep, ciri-ciri kontras di alam sekeliling, pengaplikasian kontras dalam karya seni visual – warna, bentuk, rupa, arah/susunan, saiz. Penghasilan: Menghasilkan poster.
  • ARAS 1: Memahami konsep, ciri-ciri dan kaedah pengaplikasian kontra dalam karya seni, dapat menyatakan dengan jelas ciri-ciri kontras dalam karya seni melalui olahan warna.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Perbincangan, contoh karya, ulasan, olahan ruang, imej, aspek kajian, teknik, olahan warna, bimbingan / Objek, contoh karya, berus, warna, kertas kartrij, gambar, modul dll  Imaginatif, yakin diri, kesabaran, kerjasama dll / Refleksi.
MINGGU 29: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Prinsip Rekaan
PENEGASAN: Ciri-ciri, fungsi, teknik, kaedah pengaplikasian dalam karya seni visual – warna, bentuk, rupa, saiz. Penghasilan: Catan / lukisan.
  • ARAS 1: Memahami konsep, ciri-ciri dan fungsi penegasan, mengetahui dan memahami kewujudan dan penegasan di alam sekeliling, memahami teknik menyatakan penegasan dalam karya seni visual, dapat menghasilkan catan dengan memberi penekanan kepada aspek warna.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Perbincangan, contoh karya, olahan ruang, aspek kajian, teknik, olahan warna, bimbingan / Objek, contoh karya, olahan ruang, aspek kajian, teknik, olahan warna, bimbingan / Imaginatif, contoh karya, berus, warna, kertas kartrij, gambar, modul dll / Imaginatif, yakin diri, kesabaran, kerjasama dll /Refleksi.
MINGGU 30: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Prinsip Rekaan
IMBANGAN: Konsep, jenis, teknik menimbulkan imbangan. Penghasilan: Catan / Lukisan
  • ARAS 1: Memahami konsep, jenis dan kaedah menimbulkan imbangan dalam karya tampak, dapat membezakan imbangan simetri dan tidak simetri, dapat menimbulkan imbangan dari segi warna, bentuk dan saiz.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Olahan ruang, aspek kajian, teknik, olahan warna, bimbingan / Objek, contoh karya, berus, warna, kertas kartrij, gambar, modul / Imaginatif, yakin diri, kesabaran, kerjasama dll / Refleksi.
MINGGU 31: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Prinsip Rekaan
PERGERAKAN: Konsep, pergerakan di alam sekeliling, fungsi, aplikasi pergerakan dalam aktiviti menggambar. Media: Campuran. Penghasilan: Catan / Lukisan
  • ARAS 1: Memahami konsep dan fungsi pergerakan, mengetahui dan memahami kewujudan pergerakan di alam sekeliling, memahami teknik dan kaedah pengaplikasian pergerakan dalam aktiviti menggambar.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Pernyataan isi, perbincangan fokus isi P&P, edaran lembaran, contoh tembikar dan ulasan, perbincangan isi mengikut aras P&P, bersoaljawab, pengukuhan / tembikar 3D, lembaran, teks rujukan, set soalan, alatan dan bahan berkaitan dll / Menghargai, kerjasama, imaginatif, rasional, kepekaan dll / Refleksi.
MINGGU 32: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Prinsip Rekaan
KEPELBAGAIAN: Konsep, kepelbagaian di alam sekeliling, fungsi, aplikasi kepelbagaian dalam aktiviti menggambar. Penghasilan: Catan, lukisan, mencorak dll.
  • ARAS 1: Memahami konsep dan fungsi kepelbagaian, memahami kewujudan kepelbagaian di alam sekeliling, dapat menyatakan kepelbagaian dalam catan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Pernyataan tajuk, perbincangan isi P&P mengikut aras, lembaran contoh mukataip, olahan huruf, teknik, proses pembentukan kapsyen, bimbingan, pengukuhan – membina kapsyen (konsep keseragaman) / Kertas graf, lembaran, set geometri, contoh hasilan dll / Yakin diri, kesabaran, menghargai, toleransi dll / Refleksi.
MINGGU 33: 
MINGGU 34: Cuti Pertengahan Penggal 2
MINGGU 35: 
PNGHASILAN SENI VISUAL
ASAS-ASAS SENIREKA: Prinsip Rekaan
KESATUAN: Konsep, fungsi, kewujudan kesatuan di alam sekeliling, pengaplikasian kesatuan dalam aktiviti menggambar. Penghasilan: Catan, lukisan, corak, membatik.
  • ARAS 1: Memahami konsep dan fungsi kesatuan, dapat memahami kaedah pengaplikasian dalam aktiviti menggambar, dapat menyatakan dengan jelas konsep kesatuan dalam karya tampak.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan isi dan huraiannya, contoh karya, objek alam, teknik, kaedah pengaplikasian, penyediaan, olahan bahan, bimbingan, pengukuhan / Warna, karya contoh, objek alam dll / Menghargai, kerjasama, bersyukur dll / Refleksi.
MINGGU 36: 
KOMUNIKASI VISUAL
REKABENTUK GRAFIK
POSTER: Konsep, jenis, fungsi, ciri-ciri poster yang baik, teknik menghasilkan poster. Penghasilan: Poster Hari Kebangsaan.
  • ARAS 1: Dapat memahami konsep, fungsi dan jenis-jenis poster, memahami teknik dan kaedah menghasilkan poster.
  • ARAS 2: Semua pelajar dapat menghasilkan poster dengan memberi penekanan aspek – Imbangan visual, penegasan, pencahayaan, pembentukan imej, ruang.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, konsep, jenis, fungsi, ciri-ciri poster yang baik, contoh poster, ulasan, teknik, kaedah, olahan ruang, rekaletak, sumber idea, penyediaan bahan / Contoh karya, suratkhabar, kertas graf dll / Kerjasama, menghargai, imaginatif, kesabaran dll / Refleksi.
MINGGU 37: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
SENI HALUS
LUKISAN: Tema – Objek alam benda. Objek – Kotak pelbagai saiz dan bentuk. Fokus – Ruang dan pencahayaan, ton, bentuk, jalinan. Teknik – Campuran. Bahan – Campuran.
  • ARAS 1: Semua pelajar dapat memahami teknik penerapan asas senireka dalam penghasilan, semua pelajar dapat menyatakan asas gubahan dalam bentuk lakaran, semua pelajar dapat menghasilkan karya dengan menyatakan dengan konsep ruang, bentuk, pencahayaan dan jalinan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, tema, tajuk, pemilihan, penyediaan objek, susunatur objek, contoh arya, ulasan, aspek gubahan, teknik, kaedah, proses, bimbingan / Kotak pelbagai saiz, bentuk , karya dll / Imaginatif, yakin diri, kesabaran, tekun dll / Refleksi.
MINGGU 38 & 39: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
SENI HALUS
CATAN: Konsep, teknik-teknik catan – Glazing, Impasto, Wet On Wet, Dry On Dry. Penghasilan:
  • ARAS 1: Dapat memahami konsep dan teknik-teknik catan, dapat menguasai teknik dan olahan bahan dalam catan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, konsep, bahan, teknik-teknik catan, contoh karya, ulasan, olahan bahan, alat, teknik dan proses, bimbingan / Contoh karya, kertas kartrij, warna, berus dll / Imaginatif, yakin diri, kesungguhan, sabar dll / Refleksi.
MINGGU 40: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
SENI HALUS
ARCA: Konsep, jenis-jenis, proses menghasilkan arca – Luakan. Bahan – Sabun, lilin, tanah liat dll. Penghasilan: Tema, tajuk, bahan, saiz, ukuran. aplikasi asas-asas senireka.
  • ARAS 1: Memahami konsep, jenis, dan bentuk arca, dapat menghasilkan arca luakan dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk dan ruang.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, konsep arca, jenis-jenis arca, contoh karya 3D, ulasan, penyediaan bahan, sumber dan olahan ilham, teknik, proses penghasilan, bimbingan, pengukuhan / Contoh karya, corak, objek alam, warna / Kerjasama, yakin diri, menghargai, bersyukur, sabar dll / Refleksi.
MINGGU 41: 
PENGHASILAN SENI VISUAL
SENI HALUS
CETAKAN: Konsep, jenis-jenis – cetakan lino, cetakan stensil, cetakan sutera saring, cetakan timbul, cetakan benam.
  • ARAS 1: Memahami konsep dan jenis cetakan, mengetahui dan memahami pelbagai jenis, media dan teknik cetakan, memahami cetakan dan aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, konsep cetakan, jenis-jenis cetakan, sumber dan olahan ilham, teknik, proses penghasilan, bimbingan, pengukuhan / contoh karya, corak, objek alam, warna dll / kerjasama, yakin diri, menghargai, bersyukur, sabar dll / Refleksi.
MINGGU 42 & 43: 
KRAF TRADISIONAL
KRAF TEMBIKAR & KRAF ANYAMAN
  • ARAS 1: Mengetahui dan memahami asas kraf tembikar dan anyaman, menyenaraikan fungsi tembikar dan anyaman, membuat tembikar dan anyaman menggunakan alat, bahan dan teknik yang sesuai.
  • ARAS 2: Menyatakan sejarah tembikar dan anyaman tempatan.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, contoh karya, teknik, proses penghasilan, bimbingan, pengukuhan / Contoh karya, tanah liat, plastersin, kertas warna, dll / Penghargaan, kebersihan, keselamatan, sabar dll / Refleksi.
MINGGU 44: 
PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA
SENI HALUS & KRAF TRADISIONAL (Tembikar, anyaman)
Penghasilan: Buku Skrap – Sejarah dan sumbangan Tokoh Seni Visual terkenal di Malaysia, gambar / kraf tradisisonal.
  • ARAS 1: Mengetahui dan memahami warisan budaya Seni Halus Malaysia dan kraf tradisional tempatan, mengetahui dan menghargai tokoh dan warisan budaya Seni Halus Tempatan serta pandai seni kraf tanahair.
  • Aktiviti / ABM / Nilai / Refleksi: Penerangan tajuk, perbincangan, contoh karya, ulasan, sumber, teknik, bimbingan / suratkhabar, majalah, contoh karya, kertas kartrij dll / kesabaran, kerjasama, menghargai dll / Refleksi.
MINGGU 45: Peperiksaan Akhir Tahun

No comments: